Pengawal Keselamatan Ambank ditangkap!


Perkataan pertama yang keluar dari mulut bila tau benda ni ialah Alhamdulillah! Tahniah kepada pihak polis yang telah menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi tadi.

Saja besarkan gambar ni. ni lah pembunuh yang kejam & tak berhati perut!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan perkara ini melalui akaun twitternya @KBAB51 hari ini tetapi beliau enggan untuk mengulas lanjut.

“Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia,” 

Sebenarnya suspek telah dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Pihak polis juga telah mencari Ardi Hamzah (Pembunuh;Perompak) di alamat beliau sejurus kes ini dilaporkan.
Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan kerjasama mereka dalam kes ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” 

Mengingat kembali kejadian yang menyayat hati pada 23 Oktober jam 6:20 petang, Norazita Abu Bakar, 37tahun dan telah berkhidmat selama 16 tahun, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

notakaki: Al Fatihah

No comments:

Post a Comment