'Jatuh hati dengan kekasih orang'




CINTA? Bila umur makin menginjak ke usia 'wajib kahwin' ataupun 'dah boleh kahwin' otak sentiasa berpusing2 memikirkan siapa lah bakal suamiku. tapi jodoh ditangan ALLAH. sebenarnya bila di google, apa maksud cinta, terus result dia keluar macam ni, perasaan cinta atau suka adalah perasaan yang wajar yang dialami oleh manusia. Dan apabila rasa cinta itu dilengkapi dengan kehadiran pasangan atau kekasih yang mendampingi kita. Dan pastinya kita mencintai kekasih kita dengan perasaan yang kita sendiri tak boleh nak jangka.

Back to topic. macam mana boleh terjebak dengan jatuh cinta with kekasih orang. kalau nak diikutkan otak jahat plus plus negatif aten, biarlah kan. sebab belum kahwin pon :D opssss! tapi kita kena jugak piker perasaan orang yang ketiga tu *padahal kita yang jadi orang ke 3. hehehe* tapi kalau nak diikutkan bukan senang2 kita nak jatuh cinta dengan orang. mesti ada lah ciri keperibadian orang tu yang kita suka contohnya perlakuannya yang baik, perkataannya yang ramah, atau kerana perangainya yang baik. Mungkin kita juga terlampau kagum dengan orang tersebut sebab sesuatu hal yang terkadang kita juga bingung kenapa kita boleh menyukainya. tak pon dia tuh kita rasa secocok dengan kita dalam pelbagai hal.

Aten sangat paham, kalau kita kita berada dalam situasi ini, mesti kita selalu rasa jeleous, sedih, hish! memang tak boleh nak cerita lah perasaan tu. tapi kat sini aten nak bagi tips kalaulah kita ditinggalkan one day, tak lah kita menangis tergolek terlentang :) nah. amek ni :)

First, korang mesti sedar yang korang tak boleh menjadi perosak hubungan orang lain. Even kita tersangatlah mencintai orang tu. Benda yang paling penting yang aten nak nasihatkan, just letak ayat 'Asal Dia Bahagia, Aku juga Bahagia' dalam diri korang. Aten yakin hundred percent yang korang akan bahagia kalau orang yang korang sayang bahagia kan. so, korang mesti mesti letakkan ayat tu dalam diri korang ye sayangsayang semua.

Secondly, kalau korang mampu, rahsiakan perasaan korang tu dari pengetahuan 'si dia', rahsiakan lah ye. bukan ape. buat nya 'si dia' tu tak dapat nak terima, tu boleh buatkan korang akan semakin menjauh. bagi aten, biarlah korang still berhubung, at least, dapat tau perkembangan dia. dari dia menghilangkan diri & tolak korang secara mentah2, itu lagi akan buat korang lagi sakit hati.

Next, cuba jadi yang terbaik untuk dia. jadi penghibur untuk dia dengan kata lain cuba jadi kawan baik dia. memang lah sakit hati kalau kita tau dia tengah sedih dapat2 dia bermasalah dengan pasangannya. namun sebagai orang yang tulus menyayangi dia, kita harus menghiburkan nya tapi dengan tidak menunjukkan perasaan suka kita padanya. Ingat ye. Dan lagi satu tolong jangan memburukkan keadaan. contohnya, pergi lagi menambahkan kemarahan dia dengan bercakap negatif mengenai pasangannya. Itu salah sama sekali ye sayang2 semua. sebelum terlupa, jangan lupa Support apa yang dia buat even korang tak suka benda tu. bukan nak suroh jadi hipokrit, tapi, itu lah namanya support.

Last sekali, nasihat aten, bila kita menyintai kekasih orang, kita kena ingat, bila2 masa sahaja kita bakal kehilangan dia dan letak dalam diri 'Kalau ada jodoh, takkan kemana'


notakaki : sesiapa yang pernah rasa, boleh cerita perasaan korang di bahagian komen ye. Sharing is caring. In Sha Allah :)



No comments:

Post a Comment