PERFUME POWERBANK CLEARANCE STOCK :)


Rasa macam nak buat clearance stock untuk hot items ni lah. start tahun depan, bisness akan berjalan slow sedikit. Iyelah, jual PowerBank ni pon nak cari duit sampingan. so, start tahun depan nak fokus lebih siket pada kerja Full Time :)

Gambar sedikit kabur :) dapat dari supplier

Comel kan? Aten selalu suggestkan customer PowerBank yang ni sebab dia comel. boleh gantung kat bag sebab dia macam keychain. Curi? Guarantee takkan ada orang curi? Why confident sangat kan? Sebab dia sebijik macam keychain. Percayalah. Ramai dah bagi positif feedback. Ramai jugak yang letak kat beg camtu especially student2. Ramai di antara pembeli adalah student sebab dia murah :) so, rasa seronok bila customer seronok kan :)

Nak diceritakan ni, ada sorang customer beli sampai 2 sebab nak padankan dengan buah hati dia. then dia wassap aten untuk tanyakan stock. rupanya ramai juga kawan2 yang dia dah promote PowerBank ni. Thanks caca! Luv U gile2 :D 

Nak beli ye? Tinggalkan comment kat ruangan comment. tak pon boleh terus PM aten kat Facebook . Lagi senang dan cepat.  eh, harga dia RM53 FREE POSTAGE. Beli dua, dapat lagi murah. Beli tiga, huh, bertambahtambah murah lahh lagi :)

So, ape lagi? Grab sebelum terlambat. dijamin 100% puas hati. 


Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih



As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

TAK NAK makan kat situ lagi! FULLSTOP!


Entah kenapa di petang yang hening tu, rasa macam nak makan yong tau foo je. ade yang tak tau ehh yong tau foo tu ape? ni hah especially untuk awak, MAO !


Rupanya, ayah pon teringin jugak :) Biasa lah. ayah & anak, sama je deriarasa. hihihi. Kalau kat area sini ada satu kedai yong tau foo yang sangat ramai orang. so, cakap dengan ayah, 'why not try kat sana pulak. ubah selera' Ayah pon setuju. tapi kena pegi cepat2, takut takda tempat duduk nanti.

Tepat 8.30 malam, kami sampai kat sana. Ok. memang ramai. wahh. dalam hati ni terpikir, ni mesti sedap. Excited sangat2. Biasalah kalau yong tau foo, mestilah layan diri. pilih2 pastu bagi kat dorang. nanti dorang celur lah. so, kene tunggu.

Tunggu tu takda lah lama mana. bila da sampai je ape yang kami pilih tadi, ayah terus cedok, then makan. aten pon kacau lah sebab nak cari sosej *wajib ada kalau makan yong tau foo* Ok! first2 jumpa sosej tu. tapi.. tapi.. tapi.. terjumpa kerang. ehhh, tak amek kerang tadi. serious tak amek kerang. Bila panggil pekerja dia yang kebetulan bawak mangkuk yong tau foo untuk kami, alasan dia, 'kenapa tak check dulu?' What? hello! kami yang beli, kami kena check eh? sepatutnya korang kene alert. kami dah bagitau meja mana kami duduk. Mangkuk kami tu dia bagi kat orang lain. tapi.. kenapa orang tu tak complaint? ohh. I got it. sebab dapat half price eh? huh! Lepastu, si pekerja tadi cakap jugak dengan kami, 'makanlah eh, kami bagi half price' Ingat makan kenduri ehh? cara dia bercakap agak KURANG HAJAR! malas nak bertekak, kami pon nak mulakan makan.

Aten macam biasa, memang tak puas hati lagi. ok. kacau dan kacau. jumpa tempe. what the fissshhhh! da 2 benda kami tak amek masuk dalam ni. memang lah half price. tapi, kalau jadi macam ni, baek tayah kami ke depan pilih2 dengan orang ramai camtu. korang je pilih kan. kan senang? konsep layan diri tu menyusahkan k. lepastu langsung takde makna. Aten tak puas hati, panggil lagi sorang kakak ni cakap mangkuk ni salah. dia terus panggil budak lelaki yang kurang hajar tu, budak laki tu datang tanpa adab, amek mangkuk tu then di kata 'pilih lain lah' Nampak tak kurang hajar kat situ?

kali ni aten yang pergi pilih. Kurang hajar kene balas benda yang sama. aten pilih2, then dia sendiri serah diri kat aten waktu ramai2 orang tu. Aten just cakap kat dia, 'makesure jangan salah' ni yang dia balas, 'makesure eh? makesure eh?' Pehhh. Dia ajuk ape aten cakap. aten kalih ke belakang, pandang dia terus sound si lelaki tu, 'kau jangan kurang hajar atas salah kau sendiri.'

Lepas 10 minit, order kami sampai tapi salah jugak. ada kerang tapi takde tempe kali ni! malas nak panjang cerita, kami makan, bayar then balik. Sumpah, lepas ni taknak makan kat situ lagi! Puiiihhhh!

nota kaki: 
1-Hatin's Collection ada buat pelbagai sales yang pastinya FREE POSTAGE! Tudung Bawal Plain juga murah2! takkan dapat kat luar sana. :)
2-Meh CLICK kat sini sini. Kalau nak mintak aten tekan, sila letak link dalam kotak comment eh :)
3- letak link blog korang dalam kotak comment agar memudahkan untuk blogwalking :)



Bukan Kerana Aku Tak Cinta !



Sekarang ni kami dua beranak *Aten & Mama* memang sangat taksub dengan cerita 'Bukan aku tak cinta' lakonan Sharnaz with Nelydia Senrose! rasanya ayah pon dah terjebak dengan kami. hihihi :D

So, aten rasa macam nak share2 sinopsis cerita tu kat blog yang tersayang ni. *hihihi*

Kisah ni kisah Mastura yang tergila-gilakan Si Jebat yang juga merupakan pekerja abang iparnya iaitu Uwais. Pelbagai cara digunakan untuk Mastura ni nak pikat si Jebat tu (kalau nak tahu beli  novel sebab cerita ni datang dari novel. Paling tak boleh bla bila Mastura sanggup terjun kolam semata-mata nak buktikan kepada Jebat yang dia betul-betul cintakan Jebat) *kalaulah putera impian macam tu, awww! berangan lebih* tapi Jebat ni langsung tak tertarik pada Mastura mula2 sebabnya Jebat ni sedar siapa dirinya sebenar (Act, Jebat ni dulu Ketua Gengstar tau sebab tu lah dia tolak terus cinta Mastura dan hanya Uwais, Wahab dan Ustaz Hafiz je yang tahu kisah silam Jebat ni) Tapikan lama-lama Jebat ni Fall in love gak kat Mastura. Dalam novel ni muncul watak gak baru iaitu Aryan (Cif Insp. kerek) a.k.a adik kepada Fawaz, sepupu dia lah kiranya). Keadaan jadi haru-biru apabila  Tok Ayah mahu si Mastura ni berkahwin dengan Aryan namun Mastura tak bersetuju dengan cadangan Tok Ayahnya itu, sebab Mastura kata di akan kahwin tetapi hanya dengan abang Jebat saja. Haaaa kat sini lah bermulanya Mastura lancarkan mogok lapar sampai pengsan sebab tak nak kahwin dengan Si Aryan sampai masuk hospital tau. dipendekkan cerita dengan bantuan kakak Mastura iaitu Hannah dan jugak Uwais akhirnya Tok Ayah bersetuju untuk nikahkan Mastura dengan Jebat.

Kehadiran sepupu-sepupu Jebat, Tiger (Eric Foo), Airen (Damia) pada waktu majlis perkahwinan Jebat mendatangkan kegelisahan di hati Jebat. Pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran Jebat. (Peh! Masa ni Jebat rasa tak senang duduk kalau Mastura dekat dengan Airen, sampai nak berborak pun Si Jebat tak kasi) sampaikan keesokan harinya Jebat buat keputusan untuk bawa Mastura tinggal di Kotej supaya jauh dari Tiger dan Airen.

Tak habis kes dengan sepupu-sepupunya (Tiger dan Airen) dia terpaksa pula berdepan dengan cif insp. Kerek pulak siapa lagi kalau bukan Aryan yang tak berpuas hati dengan Jebat (habis semua latar belakang si Jebat dia siasat sampai semua asset dalam dan luar negara milik Jebat dia tah) Ok, skip siket :) Jebat berterus-terang dengan Mastura Siapa diri dia yang sebenar, masa silam dia, semuanya dia cerita sebab tak nak Mastura tahu dari mulut orang lain (Masa ni kesian Jebat sebab Mastura buat ignore je kat dia) lama gak lah si Mastura ni merajuk dengan Jebat hingga Jebat bawa Mastura pergi Dragon Villa (Kat sana Jebat kenalkan family dia, uncle dia yang besarkan dia Datuk Kwan, Uncle Bujang) Kalau nak tahu kisahnya dapatkan novel ni ye. Selepas pulang daripada Dragon Villa, Jebat ditangkap polis.(kalau nak tahu sebab apa Jebat kena tangkap kena baca lah dan tonton kat MUSTIKA HD ehh.

Dah! Stop review. Kalau cerita banyak-banyak kang tak ada kejutan. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang best macam part Mak Cik Sari…haaa tu pasti gelaknya lah…

So, cerita ni ada 60 episod ye. makesure tak terlepas. Setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam :) Selamat Menonton!

nota kaki: 
1-Hatin's Collection ada buat pelbagai sales yang pastinya FREE POSTAGE! Tudung Bawal Plain juga murah2! takkan dapat kat luar sana. :)
2-Meh CLICK kat sini sini. Kalau nak mintak aten tekan, sila letak link dalam kotak comment eh :)
3- letak link blog korang dalam kotak comment agar memudahkan untuk blogwalking :)



UniKL tawarkan DEGREE !


Ingatkan ada yang col untuk bagi jawatan kosong. rupanya UniKL tawarkan kemasukkan degree sesi Januari! hati memang seronok tak terkira lah. tapi......  macam rasa nak keje dulu. wuwuwu. ohhh. pening. pening. pening!


Dapat pulak tawaran kali ni dia nak mansuhkan muet. lagi lah rasa macam seronok. nak ke taknak ni? humm. takpela, biar ayah & mama yang piker. hihihi :)


Please feel free to visit us at All About Style !


notakaki: Feel free to drop comment and leave your links for blogwalking. thanks so much!

Tiada masa untuk hal lain disebabkan hal ini


Sejujurnya, sekarang dah tak ada masa untuk diri sendiri. nak tau kenapa? yelah. sekarang dah start bukak bisness online sendiri. but, i'm really like that. benda yang tengah hot sekarang, tudung bawal kangaroo dengan harga yang sangat berpatutan! Feel free to visit and like :) All About Style! Banyak benda yang korang boleh jumpa. but, my customer actually like to order something that i doesn't offer@publish in my page. but, to satisfied them, I try to find what items that they want :)

PROMOTIONS
YEAR END SALES!
TUDUNG BAWAL KANGAROO!
Available untuk semua warna! Tawaran terhad!

1-20 pcs : RM5.50 sehelai.
21 pcs dan ke atas : RM5.00 sehelai.
Postage: RM 10 semenanjung / RM 14 S.S
Purchase more, less payments!

Interested? Do pm me / sms@whatsApp 0126990245 (24hours)
Lets grab it!


Actually, korang boleh je request apa2 di page itu. disebabkan ni hujung tahun, so, harga memang murah2 sebab nak clearance stock. so, feel free to visit us ya! dijamin puas hati, murah :)

notakaki: Feel free to click2 my nuffnang ye. drop comment and leave your link for blogwalking. thanks :* :* :*