Bukan Kerana Aku Tak Cinta !



Sekarang ni kami dua beranak *Aten & Mama* memang sangat taksub dengan cerita 'Bukan aku tak cinta' lakonan Sharnaz with Nelydia Senrose! rasanya ayah pon dah terjebak dengan kami. hihihi :D

So, aten rasa macam nak share2 sinopsis cerita tu kat blog yang tersayang ni. *hihihi*

Kisah ni kisah Mastura yang tergila-gilakan Si Jebat yang juga merupakan pekerja abang iparnya iaitu Uwais. Pelbagai cara digunakan untuk Mastura ni nak pikat si Jebat tu (kalau nak tahu beli  novel sebab cerita ni datang dari novel. Paling tak boleh bla bila Mastura sanggup terjun kolam semata-mata nak buktikan kepada Jebat yang dia betul-betul cintakan Jebat) *kalaulah putera impian macam tu, awww! berangan lebih* tapi Jebat ni langsung tak tertarik pada Mastura mula2 sebabnya Jebat ni sedar siapa dirinya sebenar (Act, Jebat ni dulu Ketua Gengstar tau sebab tu lah dia tolak terus cinta Mastura dan hanya Uwais, Wahab dan Ustaz Hafiz je yang tahu kisah silam Jebat ni) Tapikan lama-lama Jebat ni Fall in love gak kat Mastura. Dalam novel ni muncul watak gak baru iaitu Aryan (Cif Insp. kerek) a.k.a adik kepada Fawaz, sepupu dia lah kiranya). Keadaan jadi haru-biru apabila  Tok Ayah mahu si Mastura ni berkahwin dengan Aryan namun Mastura tak bersetuju dengan cadangan Tok Ayahnya itu, sebab Mastura kata di akan kahwin tetapi hanya dengan abang Jebat saja. Haaaa kat sini lah bermulanya Mastura lancarkan mogok lapar sampai pengsan sebab tak nak kahwin dengan Si Aryan sampai masuk hospital tau. dipendekkan cerita dengan bantuan kakak Mastura iaitu Hannah dan jugak Uwais akhirnya Tok Ayah bersetuju untuk nikahkan Mastura dengan Jebat.

Kehadiran sepupu-sepupu Jebat, Tiger (Eric Foo), Airen (Damia) pada waktu majlis perkahwinan Jebat mendatangkan kegelisahan di hati Jebat. Pelbagai persoalan yang bermain dalam fikiran Jebat. (Peh! Masa ni Jebat rasa tak senang duduk kalau Mastura dekat dengan Airen, sampai nak berborak pun Si Jebat tak kasi) sampaikan keesokan harinya Jebat buat keputusan untuk bawa Mastura tinggal di Kotej supaya jauh dari Tiger dan Airen.

Tak habis kes dengan sepupu-sepupunya (Tiger dan Airen) dia terpaksa pula berdepan dengan cif insp. Kerek pulak siapa lagi kalau bukan Aryan yang tak berpuas hati dengan Jebat (habis semua latar belakang si Jebat dia siasat sampai semua asset dalam dan luar negara milik Jebat dia tah) Ok, skip siket :) Jebat berterus-terang dengan Mastura Siapa diri dia yang sebenar, masa silam dia, semuanya dia cerita sebab tak nak Mastura tahu dari mulut orang lain (Masa ni kesian Jebat sebab Mastura buat ignore je kat dia) lama gak lah si Mastura ni merajuk dengan Jebat hingga Jebat bawa Mastura pergi Dragon Villa (Kat sana Jebat kenalkan family dia, uncle dia yang besarkan dia Datuk Kwan, Uncle Bujang) Kalau nak tahu kisahnya dapatkan novel ni ye. Selepas pulang daripada Dragon Villa, Jebat ditangkap polis.(kalau nak tahu sebab apa Jebat kena tangkap kena baca lah dan tonton kat MUSTIKA HD ehh.

Dah! Stop review. Kalau cerita banyak-banyak kang tak ada kejutan. Sebenarnya banyak kisah-kisah yang best macam part Mak Cik Sari…haaa tu pasti gelaknya lah…

So, cerita ni ada 60 episod ye. makesure tak terlepas. Setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam :) Selamat Menonton!

nota kaki: 
1-Hatin's Collection ada buat pelbagai sales yang pastinya FREE POSTAGE! Tudung Bawal Plain juga murah2! takkan dapat kat luar sana. :)
2-Meh CLICK kat sini sini. Kalau nak mintak aten tekan, sila letak link dalam kotak comment eh :)
3- letak link blog korang dalam kotak comment agar memudahkan untuk blogwalking :)



No comments:

Post a Comment