Johan As'ari akui mencintai Lana Nordin


Jodoh, ajal,pertemuan di tangan ALLAH. Betul lah. kita hanya mampu merancang, ALLAH yang akan tentukan kesemuanya. kita sebagai hamba hanya harus terima dan redha. kerana apa yang DIA rancang pastinya ada hikmah.

Macam kes Johan dengan Lana Nordin ni, siapa sangka mereka akan saling mencintai. tapi, ini kuasa ALLAH. Selama ni heboh mengenai Johan bersama Shila Hamzah. tup, tup sekarang dengan Lana Nordin. Ketentuan ALLAH S.W.T.


Pelakon popular, Johan As'ari tampil membuat pengakuan menjalin hubungan dengan pelakon sensasi Lana Nordin yang ingin dijadikan permaisuri hidupnya.
Johan, 27, berkata, dia mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, ketika menjayakan sebuah program 18 Oktober lalu.
"Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
"Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
"Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin," katanya kepada Hip.
Dalam pada itu, Johan turut memberitahu dia sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang suami.
"Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan. Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa."
Sementara itu, Lana yang sentiasa dihimpit kontroversi berkata, pintu hatinya terbuka apabila melihat keberanian dan keikhlasan yang ditunjukkan Johan.
"Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya ingin mencari pendamping, yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
"Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius. Dia bukan main-main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja yang berbincara soal tunang dan berkahwin."


notakaki: baru je tengok cerita menggali nur ALLAH lakonan Johan As'ari di Astro Oasis semalam 

Persahabatan terjejas


Kadang2 kita tak sedar terlalu banyak sebab untuk kite putus sahabat. Yup! Sejujurnya Aten pernah rasa putus kawan hanya kerana soalan exam. Memang sedih. Aten tak pernah libatkan mama @ family dalam masalah peribadi aten. But, on that day maybe mama terdengar kami bergaduh. Maybe salah aten sebab suara aten kuat sampai mama boleh terdengar. but, itu kisah lama. Takperlu lah kita nak kenang2 lagi. I'm always forgiving u :')



Apa yang aten nak nasihat kat sini, kadang2 kita tak perlu terlalu ego tapi kita kena tau apa yang baik dan buruk yang perlu kita buat. Jangan terlalu menghambakan diri sangat. Kadang2 ada kes kita disuruh meminta maaf atas kesalahan yang kita tak buat. Memang lah meminta maaf ni satu amalan mulia. Tapi kalau kita selalu je minta maaf, bagi chance kat si dia tu, lama2 naik lemak lah dia nanti. Seriusly, aten terkena, terkena dan terkena. So, please sayang2 semua, kita kena berjaga2 dalam persahabatan. Kalau rasa2 dia tu tak boleh dah nak ditegur, leave him @ her. Biarlah dia dengan labu2nya.


#notakaki : rasa sedih bila ingat kembali kisah persahabatan kami yang tersangat rapat.

Tips untuk bau minyak wangi tahan lama


Yeay! tips lagi :) saje share tips banyak2 sebab sharing is caring kan? kan? kan? hihihi. ok. takmau merepek panjang2. jom baca. dah sudah baca, boleh lah komen ye *kalu nak. kalau taknak takpe*


First, guna minyak wangi sebelum siap berpakaian. Terdapat beberapa sebab kenapa tips ini merupakan tips yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika korang gunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi korang akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya. 

lepastu, Semburkan minyak wangi korang, bukannya menggosok. Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi korang kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian korang, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama. 

kadang2 ada jugak kawan2 tanya, "kau sembur minyak wangi kat mana wei?" hah, ni jawapannya. Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana korang boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama. 

last, Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi. korang tahukanbahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama. contoh losyen.

so, itu je entry kali ni. selamat mencuba!

MIG rancang filemkan misteri villa nabila.


what? MIG nak filemkan villa nabila pulak selepas highland tower? Adoi, adoi, adoi. memang kaki buat duit lah MIG ni. Pantang ade peluang! dia grab betul2 taknak lepas. 

sumber : google


Penerbit Metrowealth Pictures (MIG), David Teo kini dalam perancangan untuk menerbitkan filem dokumentari terbarunya mengenai kisah misteri yang mendakwa terdapat 'penunggu' yang menghuni banglo usang, Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru.
"Rancangan membuat sekual selepas "Highland Tower" memang ada sebelum isu Villa Nabila diperkatakan.
"Lagipun, kisahnya masih panas, jadi lebih baik kita rebut peluang. Kalau saya tak buat atau ambil peluang, nanti penerbit lain akan buat," katanya kepada Hip.
Tambah David, misteri yang menyelubungi Villa Nabila cukup berpotensi untuk didokumentasikan.
"Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam "Highland Tower", kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai yang ingin tahu cerita sebenar."
Bagaimanapun, David berkata, projek Villa Nabila masih diperingkat perancangan kerana terdapat beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala "Highland Tower".
Sementara itu, David memberitahu dia tidak kisah jika dikatakan mengambil kesempatan atas insiden Villa Nabila yang menjadi bualan ramai baru-baru ini kerana baginya peluang yang ada tidak harus dilepaskan.

Tapi kan Mr David Teo, I rasa U ambil lah budak yang cetuskan fenomena ni jadi one of your actor. jangan lupa kawan2 dia sekali ye. sebab kan mr david, I rasa budak2 tu nak popular dengan jalan singkat. so, that's why la dorang mempergunakan villa nabila tu. ambil lah dia ye mr david. huh!

notakaki: Seriously menyampah tengok budak2 tu & aten selamanya akan gelar diorang, GILA GLAMOUR

#Business ALL ABOUT STYLE!


Rasa macam nak buat duit lebih lahh. lai. lai. lai. terasa macam nak cari baju yang murah2? kasut murah tapi cantik? selain itu, aten juga ada menjual handbags, baju kanak2, phone casing, semua jenis tudung, purse dan lain2. hah! macam2 kan? harga dijamin murah! kalau beli banyak lagi dapat murah. Postage pon FREE tau. :)

buat sesiapa yang nak usha2 + beli, boleh ke sini Korean Fashion

ni antara yang aten jual 









nak tau harga? nak tengok katalog lain? boleh pm sini je sayang SINI

hope ada yang akan support :)


Luahan buat Pegawai Tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalanraya


Dear Pegawai2 tertinggi JPJ,

Sebelum saya memulakan kata2 saya, saya susun sepuluh jari tangan + sepuluh jari kaki meminta maaf jika ada terkasar bahasa untuk entry kali ini. apa yang ingin saya beritahu, ini adalah satu luahan seorang rakyat malaysia dan saya tahu bukan saya seorang sahaja yang alami malahan mungkin melebihi separuh dari rakyat malaysia mengalami masalah yang sama.

Ok. Entry ni bukan lah nak kondem pihak kalian yang sememangnya sangat bagus dalam menjalankan tugas. Tapi, sebagai pihak2 atasan @ pihak kerajaan sepatutnya kamu harus berfikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang saya percaya sudah bertahun2 rakyat malaysia hadapi bila berdepan dengan KAUNTER JPJ.

Kejadian ni saya sendiri yang hadapi. 15 November 2013, saya ke JPJ Bukit Katil Melaka, bertujuaan untuk me-renew lesen yang lagi 2 hari nak expired. Ini semua disebabkan sekarang memang dah tak boleh nak renew lesen di pejabat pos yang saya rasa lebih senang lagi. Takpe lah. mungkin sekarang lesen dah dibuat dalam bentuk kad keras seperti IC sebab tu kita harus ke JPJ. takpe. saya cuba memahami situasi tu. 

Sampai sahaja di sana, angka giliran saya ialah 7091, dan giliran pada waktu tu 7037. so, ada lagi 54 orang. ok lah. saya berfikiran positif 'ala, ada 17 kaunter. mesti cepat ni'. tapi apa yang membuatkan saya binggung, hanya 6 kaunter sahaja yang dibuka sedangkan terlalu ramai orang di JPJ tu. Waktu tu masih lagi gunakan fikiran positif 'oh, mungkin pekerja tak ramai.' 


Tetapi. selepas setengah jam saya di situ yang masih menunggu angka giliran, sistem off-line! Sejujurnya, itu yang membuatkan saya rasa sedikit sakit hati. sudah lah kaunternya dibuka tidak sampai separuh walhal pekerjanya ramai dan tiba2 sistem off-line! siapa je lah yang tak marah? 

tetapi, kami masih bersabar, sabar dan sabar. tunggu sehingga sistem ok. agak lama kami di situ. hampir sejam rasanya barulah sistem kembali normal. tetapi, rasanya tidak sampai setengah jam, sistem kembali off-line! sudahlah tinggal 5 kaunter sahaja yang dibuka dan saya tidak pasti kemanakah seorang lagi 'pegawai kaunter' itu pergi sedangkan belum waktu rehat.

Apa yang membuatkan saya terkilan dan sangat tidak respect kepada segelintir 'pegawai kaunter' tu, apabila ditanya, terus diterangkannya tetapi dalam keadaan marah2. benda itu terjadi di hadapan mata saya. bagi saya, dia tidak perlu menunjukkan perasaan marah tetapi dia sepatutnya sentiasa tersenyum. Seperti slogan JPJ

'Khidmat Berkualiti Amalan Kami'

Jadi, saya memohon kepada pegawai atasan JPJ, tolong cari jalan bagaimana nak settlekan problem yang saya rasa sudah terlalu lama kami hadapi. cuba encik2 ataupun puan2 berada dalam situasi kami, apakah kalian boleh bersabar? masalah sistem off-line ini sering terjadi bukan sekali sekala ataupon jarang2. 

Sebelum berakhirnya, sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada tersalah bahasa. Ini semua hanyalah sekadar teguran dan sepatutnya pihak anda sudah lama menemui jalan penyelesaian. 




Thanks Ayah Mama ! :)


Tanggal 10 nov 2013, jeng! jeng! jeng! taraaaa!


sumber google


ni lah phone kami! :)

Before ni pon ade gak usha2 harga phone ni. Actually, this is second phone yang aten minat selepas galaxy Mega. I don't know kenape tak minat iphone, sony & sebagainya. memang minat samsung. 

sebenarnya kami tak rancang pon nak beli phone ni. pergi pon takat nak usha2 je. sebab adek pon memang nak tukar phone *ahh! dia memang sebok :D* so selepas urusan tawar menawar, nah! ayah beli sekali dua. hihihi. wow! kami 2 beradik rasa, happy bagai nak gila lah. hikhikhik

tapi bila piker2 balek, maybe this is birthday gift to us from ayah & mama. :) now, dah boleh wassap + wechat. yang penting boleh maen game! :)



Pengawal Keselamatan Ambank ditangkap!


Perkataan pertama yang keluar dari mulut bila tau benda ni ialah Alhamdulillah! Tahniah kepada pihak polis yang telah menahan pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai bank Norazita Abu Bakar dan melarikan wang sebanyak RM450,000 di cawangan Ambank di USJ Sentral, Subang Jaya di Johor pagi tadi.

Saja besarkan gambar ni. ni lah pembunuh yang kejam & tak berhati perut!

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengesahkan perkara ini melalui akaun twitternya @KBAB51 hari ini tetapi beliau enggan untuk mengulas lanjut.

“Syabas Team Ops Cantas BAman, telah berjaya tangkap pmbunuh/perompak kejam Ambank di JB pagi ini. TK Rakyat M'sia yg terus membantu@PDRMsia,” 

Sebenarnya suspek telah dikenal pasti berasal dari Sabah, berumur 37 tahun dan dituduh menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan. Pihak polis juga telah mencari Ardi Hamzah (Pembunuh;Perompak) di alamat beliau sejurus kes ini dilaporkan.
Selain itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas keprihatinan dan kerjasama mereka dalam kes ini.

“Pada jam 7.00 pagi 10 Nov 2013, bertindak atas maklumat, Pasukan Cantas Khas PDRM telah berjaya menangkap seorang lelaki di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor yang dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
“Pihak Polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan,” 

Mengingat kembali kejadian yang menyayat hati pada 23 Oktober jam 6:20 petang, Norazita Abu Bakar, 37tahun dan telah berkhidmat selama 16 tahun, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. Mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek.

notakaki: Al Fatihah

'orang takkan faham perasaan kita'


terasa nak update entry ni sebelum tidur, 'orang takkan faham perasaan kita'. Yup! itu yang selalu kita rasa. orang boleh je cakap itu ini, marah sana sini, tapi hakikatnya mereka tak lalui apa yang kita lalui. dorang senang je nak jadi B.O.B (Buat orang bersalah) bak kate matluthfi

sumber google

memang! kadangkadang korang rasa kita tak berusaha untuk dapatkan sesuatu. tapi ada tak korang paham apa yang kami lalui untuk dapatkan kan tu? mungkin jugak korang rasa 'tolong! jangan bagi banyak sebab. hidup kau penuh sebab.' Please! kadang2 bukannya kami terlalu memberi banyak sebab tapi mungkin ada sesuatu yang menjadi penghalang.

sebagai contoh, 'kalau kau dah tau kau gemuk, tak reti nak senaman?' ni, nak tanye pada si BOB tadi, kau pernah rasa gemuk? pernah? kau tau ke yang dia buat senaman ke tak? bukan senang orang yang dah gemuk bertahun2 nak kurus dalam masa sehari, seminggu. kadang2 amek masa bertahun. apa kata, dari korang keji dia, better bagi semangat! jangan ikut suka hati. macam mulut takde insurans! satu lagi, korang tau tak, bila kau buat statement macam tu, hati dia terguris? kau tak tau! sebab kau tak alami kehidupan macam dorang.

so, pesan aten, even korang rapat dengan si BOB tadi, tak perlu lah berharap yang dia boleh jadi pendengar setia korang. takpe. mungkin waktu ni, biar je air mata atau keringat tu mengalir untuk dapatkan sesuatu. mohon pada ALLAH. hanya DIA boleh bantu kita :')

Accounting Service #Freelance



ehem! uhuk! :) Entry kali ni hundred fifty percent nak tolong kakak n abang promote bisness mereka. tapi bukan bisness yang selalu kita dengar contohnya baju, kasut, ubat2 tapi ............ 

FREELANCE ACCOUNTANT!

Mula2 aten takpaham jugak apekebenda lah bisness kakak dengan abang ni. so, bila mereka dah explain, ohhh, boleh buat duit banyak jugak ni dan boleh reduce kos untuk company2. ala, siapa yang ambil course accountancy mesti paham punya. lagipon mereka ni bukan calang2 orang. Mereka berdua ni holder in Bachelor Acc., Hons dan si abang baru dapat Achievement as Chartered Accountant by MIA. 

nowadays, nak bayar gaji accountant mahal kot. paling koman ciput pun RM2000 per monthly. tapi service yang kakak abang buat ni, boleh bayar yearly. serious. tak tipu! nampak tak kat mana yang boleh reduce kos. so, every monthly korang boleh jimat RM2000. sangat sangat jimat!

Actually, main objective bisness ni dibuka nak tolong peniaga2 kecik seperti kedai runcit or kilang perindustrian yang tak mampu nak bayar gaji accountant. buktinya, my maklong adalah salah seorang client mereka. Akaun kedai runcit maklong dah makin teratur. duit keluar masuk pon teratur. tak macam dulu :) hihihi 

so, kalau ada apa2 persoalan boleh comment kat entry kat bawah ni tak pon kalau nak fast furious boleh direct col number phone yang ada di banner ye sayangsayang semua!


"Highland Tower" berjaya kutip RM2.1 juta seminggu





Filem seram terbaru arahan pengarah popular, Pierre Andre "Highland Tower" berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM2.1 juta dalam tempoh seminggu tayangannya. Walaupun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood, "Thor: The Dark World" dan berdepan pembatalan tayangan berikutan kejadian penonton diserang histeria, Penerbit MIG Pictures, David Teo berkata, dia sendiri terkejut dan tidak sangka filem tersebut akan mendapat sambutan penonton.
"Berbeza dengan filem kami yang lain, "Highland Tower" hanya dibuka di 49 pawagam dengan purata tayangan lima tayangan sehari. "Nampaknya walaupun bersaing dengan filem "Thor: The Dark World" yang mempunyai 30 tayangan sehari, filem ini tetap menarik penonton malah ramai mengeluh kehabisan tiket.
"Kalau ikutkan jumlah kutipan, ia sepatutnya lebih daripada itu. Di Brunei, pempamer terpaksa memulangkan tiket untuk dua tayangan kerana penonton histeria. Setakat ini kami menerima hampir 10 laporan mengatakan ada penonton meracau ketika menonton filem ini. Apa pun kejadian ini bukan halangan untuk penonton," katanya kepada Hip.
Pada masa sama, David juga sempat berpesan kepada penonton yang lemah semangat supaya tidak menonton filem "Highland Tower". "Saya perlu jujur dan tidak boleh memikirkan keuntungan saja. Melihat ada histeria, muntah dan pening, lebih baik saya ingatkan mereka yang lemah semangat untuk tidak ke pawagam. Namun saya yakin, ramai yang tidak sabar mendapatkan tiket."

notakaki : teringin nak pergi tengok cerita ni. tapi tayangan dia tak banyak. masa tak kena :( maybe next time ye david teo! 

Segmen 'Kami Kembar Kami Geng'



nak join? click banner
Syarat Wajib *Jujur please :)
  1. Follow Blog NurAlja dan Haneeza *AKAN DISEMAK
  2. Like dan Follow FB Sponsor  
      
      
      
     
  3. Click    
  4. Buat Entry bertajuk Segmen 'Kami Kembar Kami Geng' . Letak Banner dan backlink kan ke Entry sini . Nak Tag boleh , taknak takpe .
  5. Letakkan Tarikh Lahir Korang dalam Entry .
  6. Siap ? Publish Entry dan Tinggalkan Entry Segmen di Comment *Sila post sekali SAHAJA bagi memudahkan Alja untuk Semak .
Birthday Saya
  • 17 November 1992

Nasi Lemak Kak Hani marvelous!


hah! actually lama dah nak update pasal ni. tapi terlupa! Oh mai god! hihihihi *ada pulak orang nak herankan* Last 2 weeks or 3 weeks, masa jadi award recipient kat kampus tu, adalah one of my friends yang baik hati ni nak bawak pusing makan2. serious, teringin nak makan nasi lemak. waktu tu terlintas, ok, lets go to mali's malam ni. sebab kat situ je lah tau nasi lemak sedap. But suddenly my friends told me that 1 stall of nasi lemak at uptown damansara super delicious! wah! time tu memang tak boleh nak duduk diam lah dan time tu lah dia terasa telah dipaksa. hehehe. tapi dengan perasaan yang hampa selepas diterangkan, rupanya kedai tu bukak pagi aje. around 6.45 am until 10am. so, he dia promised to brought me there on the next day. hihihi. keesokkannya, sepanjang perjalanan tu hati memang tak sabar lah :) kami keluar around 7 am. hikhikhik. thanks lalink! :P

Ok. sampai je sana, memang tak sabar nak makan. apa yang membuatkan air liur leleh bak air terjun *eeuuuwww! selekeh lah. maaf. taksub sangat nak cerita* bila tengok ayam masak merah. sampai sekarang kalau teringat, air liur meleleh lagi. hihihi. kalau nak dikutkan cerita, resipi ayam masak merah ni turun temurun dari mak mertua kak hani ni. 

Sambal nasi lemak dia tak terlalu pedas. so, suitable lah untuk sarapan pagi. but for me, 'kak, sambal lebih ye' mesti jadi keutamaan kalau beli nasi lemak. hah! selain dari lauk ayam masak merah, banyak lagi lauk yang dijual. tapi the most popular is ayam masak merah lah. hah! karipap sardin pun boleh tahan tau. hihihihi :)

disebabkan permintaan nasi lemak kak hani ni terlalu tinggi, suami nya, abang ramli, dah set  kan lagi satu stall at another location. so, kalau nasi lemak kak hani ni habis, customer tu boleh lah ke stall abang ramli yang rasanya berdekatan dengan bank rakyat kot *ni yang membe tu bagitau*



hihihi. semoga terliur :D

Disebabkan aten baik hati, so aten dah google kan tempat nasi lemak ni. nah! alamatnya :)

Kak Hani's stall : Jalan SS 21/1A, Damansara Utama, (bus stop in front of Beauty & Slimming Express)
Abg Ramli's stall : Jalan SS 21/56 B (in front of Bank Rakyat) 


so, selepas membeli, time to eat!!! kami decided nak menikmati breakfast di.......... Taman Layang Layang selayang!!! 

Suka sangat tengok rumput2 tu. pagi tak ramai yang nak main layang layang :)

so, siapa je yang nak try nasi lemak tu, boleh lah pergi ke alamat di atas tu. set dalam GPS ye. nyum nyum! babai!

notakaki : ini lah antara sebab badan naik macam belon! makan je.

'Second Hand Giveaway by Ashya and Nasehah'




nak join? CLICK banner ye :)

              TERMA DAN SYARAT:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai blog dan facebook *wajib!
  • Wajib mengikut semua syarat
  • Tulis di tajuk entry anda ' Second Hand Item Giveaway by Ashya and Nasehah'
  • Tempek banner atas tu dan backlink kan ke blog ni
  • Hantar link entry blog korunk berkaitan dengan giveaway ni dekat kotak komen dibawah.*tempat lain x diterima
Wajib! (akan disemak)
*sila maklumkan di entry anda jikalau tiada akaun twitter dan instagram
Tamat sehingga 7 Nov 2013

Pemenang menggunakan kaedah

  1. TOP REFERRAL
  2. RANDOM.ORG

"Back To Holiday Giveaway" | Nisha & Khairunnisa"




Syarat:
  • Berwanegara Malaysia
  • Mempunyai blog dan facebook/twitter
  • Berumur 3 tahun ke atas 
Cara Untuk Menyertai:
  1. Follow blog Khairunnisa | Nisha *wajib
  2. Like page Khairunnisa | Nisha *wajib
  3. Follow, like semua para sponsor *wajib
  4. Tajuk "Back To Holiday Giveaway" | Nisha & Khairunnisa"
Follow blog sponsor:


Like page sponsor:
         

Add friend:
1. https://www.facebook.com/syara.izzati.7
2. http://www.facebook.com/dyanurazhijabs


'Jatuh hati dengan kekasih orang'




CINTA? Bila umur makin menginjak ke usia 'wajib kahwin' ataupun 'dah boleh kahwin' otak sentiasa berpusing2 memikirkan siapa lah bakal suamiku. tapi jodoh ditangan ALLAH. sebenarnya bila di google, apa maksud cinta, terus result dia keluar macam ni, perasaan cinta atau suka adalah perasaan yang wajar yang dialami oleh manusia. Dan apabila rasa cinta itu dilengkapi dengan kehadiran pasangan atau kekasih yang mendampingi kita. Dan pastinya kita mencintai kekasih kita dengan perasaan yang kita sendiri tak boleh nak jangka.

Back to topic. macam mana boleh terjebak dengan jatuh cinta with kekasih orang. kalau nak diikutkan otak jahat plus plus negatif aten, biarlah kan. sebab belum kahwin pon :D opssss! tapi kita kena jugak piker perasaan orang yang ketiga tu *padahal kita yang jadi orang ke 3. hehehe* tapi kalau nak diikutkan bukan senang2 kita nak jatuh cinta dengan orang. mesti ada lah ciri keperibadian orang tu yang kita suka contohnya perlakuannya yang baik, perkataannya yang ramah, atau kerana perangainya yang baik. Mungkin kita juga terlampau kagum dengan orang tersebut sebab sesuatu hal yang terkadang kita juga bingung kenapa kita boleh menyukainya. tak pon dia tuh kita rasa secocok dengan kita dalam pelbagai hal.

Aten sangat paham, kalau kita kita berada dalam situasi ini, mesti kita selalu rasa jeleous, sedih, hish! memang tak boleh nak cerita lah perasaan tu. tapi kat sini aten nak bagi tips kalaulah kita ditinggalkan one day, tak lah kita menangis tergolek terlentang :) nah. amek ni :)

First, korang mesti sedar yang korang tak boleh menjadi perosak hubungan orang lain. Even kita tersangatlah mencintai orang tu. Benda yang paling penting yang aten nak nasihatkan, just letak ayat 'Asal Dia Bahagia, Aku juga Bahagia' dalam diri korang. Aten yakin hundred percent yang korang akan bahagia kalau orang yang korang sayang bahagia kan. so, korang mesti mesti letakkan ayat tu dalam diri korang ye sayangsayang semua.

Secondly, kalau korang mampu, rahsiakan perasaan korang tu dari pengetahuan 'si dia', rahsiakan lah ye. bukan ape. buat nya 'si dia' tu tak dapat nak terima, tu boleh buatkan korang akan semakin menjauh. bagi aten, biarlah korang still berhubung, at least, dapat tau perkembangan dia. dari dia menghilangkan diri & tolak korang secara mentah2, itu lagi akan buat korang lagi sakit hati.

Next, cuba jadi yang terbaik untuk dia. jadi penghibur untuk dia dengan kata lain cuba jadi kawan baik dia. memang lah sakit hati kalau kita tau dia tengah sedih dapat2 dia bermasalah dengan pasangannya. namun sebagai orang yang tulus menyayangi dia, kita harus menghiburkan nya tapi dengan tidak menunjukkan perasaan suka kita padanya. Ingat ye. Dan lagi satu tolong jangan memburukkan keadaan. contohnya, pergi lagi menambahkan kemarahan dia dengan bercakap negatif mengenai pasangannya. Itu salah sama sekali ye sayang2 semua. sebelum terlupa, jangan lupa Support apa yang dia buat even korang tak suka benda tu. bukan nak suroh jadi hipokrit, tapi, itu lah namanya support.

Last sekali, nasihat aten, bila kita menyintai kekasih orang, kita kena ingat, bila2 masa sahaja kita bakal kehilangan dia dan letak dalam diri 'Kalau ada jodoh, takkan kemana'


notakaki : sesiapa yang pernah rasa, boleh cerita perasaan korang di bahagian komen ye. Sharing is caring. In Sha Allah :)