Jodoh, ajal,pertemuan di tangan ALLAH. Betul lah. kita hanya mampu merancang, ALLAH yang akan tentukan kesemuanya. kita sebagai hamba hanya harus terima dan redha. kerana apa yang DIA rancang pastinya ada hikmah.
Macam kes Johan dengan Lana Nordin ni, siapa sangka mereka akan saling mencintai. tapi, ini kuasa ALLAH. Selama ni heboh mengenai Johan bersama Shila Hamzah. tup, tup sekarang dengan Lana Nordin. Ketentuan ALLAH S.W.T.
Pelakon popular, Johan As'ari tampil membuat pengakuan menjalin hubungan dengan pelakon sensasi Lana Nordin yang ingin dijadikan permaisuri hidupnya.
Johan, 27, berkata, dia mengalami cinta pandang pertama apabila bertemu Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 34, ketika menjayakan sebuah program 18 Oktober lalu.
"Jodoh, pertemuan, ajal, maut adalah ketentuan-Nya. Kita tidak tahu bila ia datang. Perasaan saya cukup kuat bagai ada suis yang mendorong saya merapatinya. Kami berborak panjang pada majlis itu.
"Selepas bertukar nombor, kami keluar makan tiga hari berturut-turut sebelum saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya.
"Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah, tetapi dia punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin," katanya kepada Hip.
Dalam pada itu, Johan turut memberitahu dia sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang suami.
"Kalau ikutkan, kami tidak mahu menangguhkan perkara baik dan mahu bertunang sempena tarikh pertemuan. Cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa-gesa."
Sementara itu, Lana yang sentiasa dihimpit kontroversi berkata, pintu hatinya terbuka apabila melihat keberanian dan keikhlasan yang ditunjukkan Johan.
"Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya ingin mencari pendamping, yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan.
"Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar-benar serius. Dia bukan main-main. Sebagai wanita, lebih manis kalau Johan saja yang berbincara soal tunang dan berkahwin."
notakaki: baru je tengok cerita menggali nur ALLAH lakonan Johan As'ari di Astro Oasis semalam
No comments:
Post a Comment