Menang Nando's by Airis Arissa


Alhamdulillah. rezeki hujung October. dapat hadiah makanan lak tu :) 


nak tau sape yang bagi hadiah yang superduper ni? ni lah blogger yang baik hati tu :)


ByTheWay, thanks a lot to the owner of this blog. nampaknya rezeki mama lah dapat makan nando's. sebab nak gantikan dengan voucher OLAY yang terlambat nak redeem. sorry ye mama. Along gantikan dengan ni ye :)

lastly, saje nak buat u olls jeles, hihihi, ni lah bukti hadiah yang aten dapat tu. Thanks ye.


notakaki : taksabar nak makan wei. :)




Shaklee Wardrobe : Giveaway




nak join? sila CLICK banner.

due date : 31/10/2013


Kematian eksekutif penerbangan AirAsia X penuh tragis



Kematian eksekutif penerbangan Shahrinawati Abu Bakar lebih tragis daripada laporan sebelum ini dengan fakta baru diterima. Polis petang ini mengesahkan beliau bukan sahaja dilanggar malah barangannya turut dirompak.
Ketua Polis Ampang Amiruddin Jamaluddin berkata seorang saksi bersama rakannya membawa Shahrinawati ke hospital namun sudah terlambat.
"Saksi melihat dua lelaki cuba merompak beliau. Dia kemudian mengundurkan kereta bagi menghalang penjenayah tetapi malangnya terkena mangsa," kata Amiruddin.
Laporan awal mendapati mangsa maut disebabkan cedera parah namun hasil penyiasatan mendapati sebaliknya. Dua penjenayah melarikan diri menggunakan motosikal Yamaha LC berwarna hitam dan seorang daripada mereka keciciran dompet.
Kejadian berlaku di hadapan kondominium Palm Villa di Taman Cempaka di mana mangsa tinggal bersama tiga adiknya.Shahrinawati, 30, diserang ketika keluar dari kenderaan pada jam 2.45 pagi. Siti Mariam Mohd Hanif, 23, rakan kepada mangsa, berkata Shahrinawati seorang ketua yang baik.
"Dia seorang yang tegas bila bekerja dan dihormati ramai," katanya yang kali terakhir berjumpa mangsa pada petang Rabu ketika sesi taklimat.
Bapa mangsa, Abu Bakar Jemain, 53, ketika ditemui di rumah mayat Hospital Kuala Lumpur kelihatan tenang.
"Ini sudah ditakdirkan. Biar polis yang menyiasat," katanya.
Rakan dan saudara hadir ke Masjid Nurul Hidayah Pandan Indah petang tadi bagi memberikan penghormatan terakhir.


notakaki : AL-FATIHAH buat allahyarham Shahrinawati.

Best Nasi campur in KL !



Tengahtengah musim hujan ni, maka terhasil lah bunyi drum + gendang di tengahtengah anggota badan iaitu, PERUT! tak suka gila kalau berbunyi muzik tu. tapi nak makan tak boleh :( ON DIET sekarang. Please aten. badan dah macam belon tu. huhuhu.

so, untuk hilangkan rasa lapar tu, *poyo je minah ni* aten pon rasa nak meliurkan air liur ni kat website hungrygowhere. kat situ, sesape je yang asyik makan benda yang sama & tak tau nak try makan kat mana lagi, boleh lah search kat web tu.

hah! balik ke pangkal cerita. bukak je website ni terus terpampang gambar nasi putih ++ lauk. wei! banyak nye lauk. terus lapar waktu tu.* terus perut menghasilkan bunyi yang agak maksima. sengal! * 


terliur tak? hihihi

waaaaa! tengoklah one of my feveret, bergedil! tetibe rasa menyesal sebab last week balik KL sebab amek award tu & tak terpikir nak tengok web ni. Oh my GOD! nyesal! nyesal! nyesal! lepas ni entah bila lah nak pergi kesana lagi. Tetiba nak request kat somebody untuk bawak ke sini. ;) kepada manusia berkenaan, PLEASE angkat col untuk dengar & bawak aten ke sana ye.

so, pada sape2 yang dah terliur & nak mencuba, boleh lah ke :

SAMBAL HIJAU | Address: Lot 2990 Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur | Tel: 03-7731-2045 | GPS Coordinates 3.162498,101.625879 | Opening hours: Daily 7am – 2am | Halal




Notakaki : Serious terliur. sekarang jugak pergi set kan address 'SambalHijau' ni dalam GPS. mana tau ada yang semangat nak bawak. LAPARRRRRR!


' Segmen pencarian bloglist November by KINAH '




nak join? click banner ye

due date : 30 october 2013

'Giveaway Nando’s by Airis Arissa'




Klik Banner Untuk Join

Mizz Nina bertudung selepas menunaikan haji






Penyanyi jelita Mizz Nina kini tampil berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya yang merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Hujan.Perkara ini telah disahkan oleh pengurus Mizz Nina, Joe Saiful, tetapi menjelaskan pelantun lagu "What You Waiting For" itu masih belum bersedia untuk bertemu media atau menjawab pertanyaan tentang penampilan terbarunya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah bertudung," ujarnya seperti dipetik dari mStar. Tambah pengurusnya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman sedar apabila sudah bertudung, dia haruslah menjaga imej agar bersesuaian dengan perubahannya itu.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak."Joe Saiful turut memberitahu beberapa perubahan perlu dilakukan dalam karier muzik Mizz Nina dan berharap agar semua memahami situasinya.

Mizz Nina, 33, dan Noh Hujan, 29, telah pergi menunaikan haji pada awal Oktober lalu yang turut disertai oleh bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.



'Alhamdulillah! #Part 1 '


Alhamdulillah. sempat jugak merasa untuk semester 5 ni. Million thanks especially to  Ayah & mama. mereka lah pemberi nasihat, penghantar barang2 tiap2 awal semester and setia ambik barang setiap hujung semester. Thanks jugak atas doa ayah & mama yang tak pernah putus untuk along :') hah! mereka jugalah penaja tetap sepanjang 3 tahun diploma ni :)

Thamks jugak buat kawan2 especially teammate FYP, mirul. kau awesome mirul. ada waktu susah senang. teringat waktu aku nangis pasal FYP kita. kau lah tukang pujuk. tukang bagi semangat. selain tu, thanks jugak kat classmate, olin yang setiap kali kalau balik campus, mesti bawak makanan yang sedap2. rajin gila dia :) thanks jadi kawan, dengar segala masalah dari sem2 sampai sem 6. kita kawan sampai bila2 kan? ;) hah, thanks jugak kat Ali (nama samaran ;] )sebab rajin ajar aku dalam pelajaran. kalau kau tak jadi 'second lecturer' aku, agak susah lah aku nak paham apa yang lecturer ajar. thanks ali di atas semua kesabaran kau ye. Thanks jugak kat classmate, ika. si penggosip terhangat di pasaran. huhuhu. pantang ada gosip, mulut bertih like jagung. hihihihi.

ni hadiah untuk ayah mama



# will be continue! #

'Giveaway Jom Menang'



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Hardwork + Persistence + Commitment = Excellent!




Tak sabar untuk ke award ni :)
Alhamdulillah. Sempat merasa 





Please respect me!



Hello! Apa dah jadi dengan melaka? manamana, bersepahsepah orang indon, myanmar, nepal, bangla dan sewaktu dengannya. what happen to melaka? adoiiiiii!!!

Sumber : Google


Aten memang sangat marah dengan dorang. dah lah datang entah ada pasport tah tidak, buat melaka ni macam abah kau punye je! macam tadi, memang motif keluar tadi nak pergi beli kasut. so, mintak lah ayah hantar ke tesco. *malas giler nak drive* janji dengan ayah, dah sudah nanti aten akan col dia. tapi taknak lah susahkan dia. so, aten choose untuk balek naik bas je.

bila naik bas tu, YA ALLAH! Aten tetibe terasa macam aten ni duduk Indonesia, Myanmar! boleh bayang tak, aten naik bas tu macam naek lori polis dan mereka lah polis tu. pandang atas bawah. 

suara dorang, mak ai! dah lah guna bahasa yang memang tak paham ah. lepas tu cakap dengan kawan sebelah, macam dia tu duduk beribu batu ah. kuat yang amat wei! bau jangan cakap ah. dapat si bangla dan waktu tu tengahari & panas terik! pehhh! bau!!!!!! boleh pengsan kot.

so, baru lah tau sekarang kenapa MALAYSIAN jarang naik bas. semua disebabkan tu. aten pon rasa menyesal jugak. lepas ni even malas macam mana pun, still paksa diri untuk drive bukan naek bas lagi!

Yeay! menang topup by Kasih Lestari Abadi dan Ejulz



Actually, lama dah menang giveaway ni. hadiah dia berupa topup. topup pun dah nak habis pakai. huhuhu :) maaf kak KLA sebab baru teringat nak buat post. sepuluh jari di susun meminta maaf. huhuhu. maafkan aten eh :)




hah! nampak tak number 25 tu? hahaha! gelak jugak lahhh sebab menang. yela, sape je nak bagi topup RM5 kan? itu rezeki. dapat pulak aten ni memang sangatlah jarang topup. huhuhu :)

hah. nampak tak nama ejulz tu? dia lah yang baik hati bagi hadiah topup kat aten :) then actually, dia sangat baik & kalau tak silap aten dia ada business. tu pun kalau tak silap lah. hihihi. nak tengok blog dia? klik kat sini.

so, last word, thanks kak KLA and Ejulz :)



Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com




Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jawatan Perunding Akademik?



'Salam, kepada calon2 dari mudah.com, anda dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga bagi jawatan perunding akademik pada 23/10/2013 10 pagi di wisma alorgajah melaka. Sila bawa resume dan berpakaian formal'

Terperanjat jugak dapat meseg ni. memang aten apply pon keje ni. tapi as fresh graduate, aten apply je semua keje tanpa toleh ke kanan mahupun ke kiri. huhuhuhu :)

so, tanpa berlengah waktu, apa lagi, aten pon google lah ape ke benda lah Perunding Akademik ni. Google punya google rupanya kerja ni kene jumpa orang. macam pengaruh dorang untuk masuk ke kolej tu. seriously, ayat mesti mau manis. keje ni jugak akan membuatkan aten selalu berdepan dengan orang, bercakap dengan orang. humm, susah jugak. komisyen pulak akan di berikan kat setiap student yang masuk ke kolej tu. tapi kalau ikutkan aten, why not, aten pergi je. boleh cari pengalaman kan. dapat tak dapat atau nak ke taknak, itu belakang cerita. huhuhu



'Sesiapa yang ada pengalaman, why not share dengan aten. sharing is caring kan :)'



Recipes : Cheese Chocolate Cake



Hari ni rase nak share resipi cheese chocolate cake. thanks olin sebab sudi share resipi ni :) hah. sebelum korang terliur *terliur lah sangat tengok cake ni, meh aku share resipi dia.

`

Bahan satu : nak buat cheese (lapisan tengah yang warna putih tu)
70 gram gula halus 
(kalau kuat manis, tambah lagi kuantiti gula tu. itupon kalau tak takut kena kencing manis ah :)
250gram cream cheese 
(aku tak suka letak banyak2. tak minat cheese sangat. aku pon letak 230gram je)
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum


cara2:
Pukul cream cheese tadi bersama gula hingga sebati
masukkan telur yang telah dipukul bersama air dan tepung gandum sehinnga sebati
biarkan ia sebentar

Bahan dua : nak buat chocolate cake
2 biji telur 
1 cawan gula halus 
1 sudu kecik esen vanilla. 
setengah cawan air panas
setengah cawan susu segar (boleh tuka dengan susu cair)
setengah cawan minyak masak (gantikan butter sebab butter mahal. yuuuhuuuww!)
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecik baking soda
Setengah sudu kecik baking powder
garam secukup rasa

*tepung gandum, serbuk koko, baking soda & baking powder kene ayak dulu ye

cara2:
Pukul telur dengan gula sehingga kembang
bila dah kembang masukkan vanilla dan garam
masukkan air panas, susu dan minyak
masukkan benda yang telah diayak (tepung gandum, serbuk koko, baking soda & baking powder) dan gaul sebati.
biarkan dan bahagikan kepada dua.

Penyediaan:
Sapukan sedikit minyak tak pon mentega ke dalam loyang (taknak dia melekat)
tuangkan adunan coklat yang pertama, kukuskan selama 15 minit
lepas bahagian coklat cake yang pertama tu dah masak, tuangkan pulak adunan cheese cream tadi then kukus lagi agak2 15 minit sampai betul2 masak
so, yang terakhir, masukkan lagi sekali adunan coklat cake yang kedua tadi. biarkan dalam 15 minit ke 20 minit.
bila dah betul2 masak, sejukkan.
jangan potong waktu tengah panas ye :)

'SELAMAT MENCUBA'






'Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com'






SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3 
Beg x 3 
Selendang/Pashmina x 5 
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di  laman  www.reddelima.com  setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.' 
Kategori 'Officewear'. 
 Kategori beg. 
 Kategori 'Accessories'. 
 Kategori 'Scarf."


Thanks Diari Jejaka Hangat!


tengah ada masa tadi, pergi lah blogwalking ke merata blog. tiba2, jeng, jeng, jeng!






Lah. salah satu dari bloglist bulanan diari jejaka hangat rupanya. tak di sangka2 pulak. :) bytheway, thanks DJH. :)

p/s: lambat perasan. huhuhuhu


'BIRTHDAY GIVEAWAY BY BLOG RABIATUL RAHIM'



nak join? sila CLICK banner :)

due date:  20 October 2013 
Time: 23:59

#HappyBirthday


Invitation to 'excellent achieve award'


Alhamdulillah. finally merasa jugak Dean's List saat2 akhir diploma. rasa bangga bila dapat invitation through emel :) 



Tapi tahun ni, wajib pakai Jacket BMI. dulu boleh pakai cun2. baju kurung lip lap lip lap. hihihihi :) maybe dia nak seragam kan kot. padahal ni invitation kali kedua. first invitation hari tu, ragu2 nak pergi ke tak. tapi bak kata eqa, confirm kan jelah dulu. pergi tak pergi belakang cerita. now, mission aku ajak ali pergi sekali. kawan satu batch & satu course takde wei. harapkan ali je lah ni. nasib eqa & khai ada. tak lupa jugak kak nada & bell. rindu sangat kat dorang.

sekarang ni tinggal piker nak pergi ke tak. confirmation dah bagi. hope ada kesempatan & masa. 


Please, STOP smoking!


Bila tengok 8shared buat iklan pasal rokok, tiba2 rasa macam nak buat entry pasal rokok yang tersangatlah membahayakan kesihatan. nama je bahaya. tapi makin lama makin ramai perokok tegar ni. pfffttttt!
so, aku ingat entry kali ni nak buat kempen BERHENTI MEROKOK. actually bukan kempan mana pun. hihihihi. sebelum aku bagi tips kat korang, *macam pernah merokok pulak :) kalau korang nak amalkan segala tips yang aku nak bagi lepas ni, korang mesti ada perasaan nak berubah. bukan 10% atau 20% tapi 101%. *cehhh! macam ahli parlimen tak? 

now, balik ke pangkal cerita. ape eh? ohh. tips ye. banyak jugak tips. sebab aku rajin pegi dengar kempen berhenti merokok. tapi pergi tanpa tujuan, iye lah. ayah & adik tak merokok *in sha ALLAH sampai bila bila tak merokok aku? tak pernah terlintas pon nak merokok. iyelah. aku kan perempuan. hihihihi. tapi beware! aku pernah tengok perempuan bertudung merokok! what the fish! 

hish! ni tips nya. 

mula2 kalau korang rasa nak berhenti merokok, korang kena lah jadi mat kepoh, pergi bagitahu semua orang yang korang nak berhenti merokok. nak tau kenapa? biar nanti kalau korang rasa nak merokok balik, mesti teringat, 'hish. aku dah bagitau semua orang aku nak berhenti merokok. takkan nak merokok balik. buat malu je kalau orang kata hangat2 tahi ayam je'. selain tu, kalau korang dah bagitau, kemungkinan besar kawan2 korang tak kan pelawa korang rokok & kalau tak pun tak adalah dorang nak merokok depan korang. kalau ada jugak, better angkat kaki then takyah kawan dengan dorang. tu semua kawan jahanam.

Umm, aku paham nak berhenti tu bukan benda yang paling senang. korang pon tak yah lah semangat sangat berhenti mendadak. buatnya demam teruk nanti, sendiri jugak susah kan. kalau korang agak2 sekotak rokok untuk sehari, korang kurangkan lah pelan2. siket2 lama2 jadi bukit bukau :D

ada lagi satu. aku teringat zamn sekolah aku dulu. ada lah sorang penceramah tu, tak silap aku dari AADK kot, bagitau, kalau kita rasa gian sangat nak merokok, amek sebatang pensil, then gayakan macam rokok. nak hisap ke, hisap lah pensel tu. tapi korang kena lah ada gaya imiginasi yang sangat tinggi. 

hah. last. last. hihihi. apa kata before korang berenti merokok tu, buat kira2 bape banyak duit korang yang hangus terbakar sebab rokok. lepas tu, every month, asingkan cepat2 dari duit tu dari hasil pendapatan korang. dari duit tu, boleh lah korang meng'award'kan diri korang tu dengan barang2 yang korang suka. contoh beli henfon canggih ke, upgrade kereta ke moto ke and wateva yang korang suka lah. so, nampak lah yang tersangatlah berbaloi korang berhenti merokok.

so, banyak lah benefit kalau korang berhenti merokok tu sekarang. membazir wei merokok tu. majoriti sekarang perempuan ramai yang suka lelaki tak merokok. pada yang tak merokok tu, tolong lah support siapa2 yang nak berhenti merokok tu. 





'Giveaway Topup by Kasih Lestari Abadi'


KLA buat GIVEAWAY lagi :)


nah banner :)
nak join, click banner.

Hadiah kali ni, topup RM 5 :)
wah! seronok. seronok.

Hope boleh menang.
btw, goodluck KLA :)

Review Blog - Afdhal Atiff Tan



Hari ni rasa macam nak review blog. tak pernah review blog sebelum ni. so, afdhal, kau bertuah. hehehehehe. *bertuahlah sangat*

Kenapa aku pilih blog ni? sebab kebanyakkan blog sekarang blog yang banyak expose diri dia, join GA and so on. macam aku jugak lah. hihihi. tapi blog Afdhal ni penuh dengan knowledge dan untuk pelajar2 engineering yang kena buat project, korang boleh mintak tnjuk ajar dan aku rasa boleh kot kalau nak buat tempahan kat dia. jangan risau. dia sangat membantu.

Kenapa aku kata dia sangat membantu? dia antara kawan yang rapat dengan aku masa zaman diploma. just kami lain course. kitorang pernah jugak satu group untuk Electronic Educational toys project. *bukan kami berdua, tapi ber empat. tengs jugak pada olin & haidar. So, alhamdulillah, project tu menang dengan jayanya walaupun bertungkuslumus lah jugak :) lagi satu, masa Final Year Poject, aku dengan dia memang tak satu group. memang takkan! hihihi. sebab lain course. even tak satu group, dia still nak bagi tunjuk ajar. lot thanks to you afdhal.



ni lah gambar Meja yang kami buat masa Electronic Educational Toys Project

 Afdhal suka panggil aku kak emon. tengs kaknada lukiskan doraemon ni. ily! imy!

 ni bahagian side sebelah meja. nampak tak macam piano tu? kalau korang touch, dia akan berbunyi. setiap colour tu bunyi lain lain. memang macam piano lah.

nampak tak kertas putih atas tu? sebelah lukisan doraemon. kalau kita on, dia keluar cahaya, alphabet dan lagu doraemon.hehehe. then, kalau ketuk kat gambar doraemon tu, Alphabet nanti akan shift dari A ke B dan seterusnya sampai Z. muka tak cukup tido. mintak penampar. but, i miss that moment.


hah, korang nak tengok final year  project afdhal yang superb tu? tengok kat sini. kalau nak tau lebih lanjut pasal project tu, give him a comment.

lastly, blog Afdhal ni sangat lah bermanfaat. so, boleh follow untuk dapatkan ilmu2 yang akan datang.