Mizz Nina bertudung selepas menunaikan haji






Penyanyi jelita Mizz Nina kini tampil berhijab selepas pulang daripada menunaikan ibadah haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya yang merupakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Hujan.Perkara ini telah disahkan oleh pengurus Mizz Nina, Joe Saiful, tetapi menjelaskan pelantun lagu "What You Waiting For" itu masih belum bersedia untuk bertemu media atau menjawab pertanyaan tentang penampilan terbarunya itu.

"Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah bertudung," ujarnya seperti dipetik dari mStar. Tambah pengurusnya, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman sedar apabila sudah bertudung, dia haruslah menjaga imej agar bersesuaian dengan perubahannya itu.

"Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak."Joe Saiful turut memberitahu beberapa perubahan perlu dilakukan dalam karier muzik Mizz Nina dan berharap agar semua memahami situasinya.

Mizz Nina, 33, dan Noh Hujan, 29, telah pergi menunaikan haji pada awal Oktober lalu yang turut disertai oleh bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus.



No comments:

Post a Comment