"Highland Tower" berjaya kutip RM2.1 juta seminggu





Filem seram terbaru arahan pengarah popular, Pierre Andre "Highland Tower" berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM2.1 juta dalam tempoh seminggu tayangannya. Walaupun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood, "Thor: The Dark World" dan berdepan pembatalan tayangan berikutan kejadian penonton diserang histeria, Penerbit MIG Pictures, David Teo berkata, dia sendiri terkejut dan tidak sangka filem tersebut akan mendapat sambutan penonton.
"Berbeza dengan filem kami yang lain, "Highland Tower" hanya dibuka di 49 pawagam dengan purata tayangan lima tayangan sehari. "Nampaknya walaupun bersaing dengan filem "Thor: The Dark World" yang mempunyai 30 tayangan sehari, filem ini tetap menarik penonton malah ramai mengeluh kehabisan tiket.
"Kalau ikutkan jumlah kutipan, ia sepatutnya lebih daripada itu. Di Brunei, pempamer terpaksa memulangkan tiket untuk dua tayangan kerana penonton histeria. Setakat ini kami menerima hampir 10 laporan mengatakan ada penonton meracau ketika menonton filem ini. Apa pun kejadian ini bukan halangan untuk penonton," katanya kepada Hip.
Pada masa sama, David juga sempat berpesan kepada penonton yang lemah semangat supaya tidak menonton filem "Highland Tower". "Saya perlu jujur dan tidak boleh memikirkan keuntungan saja. Melihat ada histeria, muntah dan pening, lebih baik saya ingatkan mereka yang lemah semangat untuk tidak ke pawagam. Namun saya yakin, ramai yang tidak sabar mendapatkan tiket."

notakaki : teringin nak pergi tengok cerita ni. tapi tayangan dia tak banyak. masa tak kena :( maybe next time ye david teo! 

No comments:

Post a Comment