Cara tangani stress hanya 5 minit sahaja



kesibukan di pejabat, menguruskan rumahtangga atau masalah percintaan, kebanyakan wanita menggangap mereka lebih kerap mengalami stres berbanding lelaki. Tidak dinafikan kesemua ini boleh mencetuskan tekanan jika tidak ditangani dengan betul. 

so, aten rasa macam nak bagi share tips yang kadang2 aten amalkan jugak lah. tapi depends jugak pada yang mengalami stress tu sama ada boleh atau pun tidak. upsss! lelaki pon boleh try jugak ye :) tidak terhad pada perempuan sahaja :)

Firstly, dengar muzik. depands kat korang nak dengar muzik apa. kalau aten, aten lebih suka dengar lagu rancak & lagu yang kita hafal lirik dia so, boleh nyanyi sekali. waktu tu tayahlah piker, "Suara aku tak sedap. taknak lah nyanyi" nope! jangan piker macam tu sebab kita buat untuk kita jugak. but BEWARE! jangan nyanyi kuat2 ye. takut orang disekitar anda meluat. cukuplah sekadar volume yang paling minima.


Secondly, buatlah rengangan. aik. macam mana lah nak buat rengangan kat dalam opis tambah2 opis tu kecik kan? alaaa. kacang je! just angkat tangan dan letakkan di atas kepala, takpun berjalan sekejap di luar pejabat atau ke tandas jugak merupakan salah satu jenis regangan. Ragangan jugak dapat meningkatkan pengaliran darah dan meregangkan otot. so, sebab tu lah aten selalu ke toilet masa kelas zaman diploma dulu. *padahal mata tak boleh nak angkat. bagai digam2nya*

Thirdly, hidu wangi wangian like lavender & lemon! seriously, korang akan jadi hayal & akan lupakan seketika masalah2 korang tu. ni jugak dah terbukti oleh penyelidikan di jepun yang mendapati zat linalool dalam lemon boleh reduce kan stress. tak caya? try sekarang :)

lastly ni aten fokuskan pada yang suka mengemas. nak diikutkan time diploma dulu, tak kira lah siapa pun akan stress kalau meja, bilik bersepah. so, luangkan masa tu tak kesah lah berapa minit *aten prefer weekend* kemas bilik & meja tu. percayalah. kalau persekitaran korang bersih, otak & minda akan jadi tenang. hah! buat yang rajin tu, beli lah lilin yang wangi tu. bakar dan duduk kejap pastu amek bau dia. serious korang akan lupakan stress korang tu.


So, selamat mencuba!

notakaki: tetiba teringat lilin kat IKEA tu. wangi gila. rugi tak beli. nak suruh 'dia' belikan, hanya mampu senyum je. takpelah. next time ye :)


No comments:

Post a Comment