'orang takkan faham perasaan kita'


terasa nak update entry ni sebelum tidur, 'orang takkan faham perasaan kita'. Yup! itu yang selalu kita rasa. orang boleh je cakap itu ini, marah sana sini, tapi hakikatnya mereka tak lalui apa yang kita lalui. dorang senang je nak jadi B.O.B (Buat orang bersalah) bak kate matluthfi

sumber google

memang! kadangkadang korang rasa kita tak berusaha untuk dapatkan sesuatu. tapi ada tak korang paham apa yang kami lalui untuk dapatkan kan tu? mungkin jugak korang rasa 'tolong! jangan bagi banyak sebab. hidup kau penuh sebab.' Please! kadang2 bukannya kami terlalu memberi banyak sebab tapi mungkin ada sesuatu yang menjadi penghalang.

sebagai contoh, 'kalau kau dah tau kau gemuk, tak reti nak senaman?' ni, nak tanye pada si BOB tadi, kau pernah rasa gemuk? pernah? kau tau ke yang dia buat senaman ke tak? bukan senang orang yang dah gemuk bertahun2 nak kurus dalam masa sehari, seminggu. kadang2 amek masa bertahun. apa kata, dari korang keji dia, better bagi semangat! jangan ikut suka hati. macam mulut takde insurans! satu lagi, korang tau tak, bila kau buat statement macam tu, hati dia terguris? kau tak tau! sebab kau tak alami kehidupan macam dorang.

so, pesan aten, even korang rapat dengan si BOB tadi, tak perlu lah berharap yang dia boleh jadi pendengar setia korang. takpe. mungkin waktu ni, biar je air mata atau keringat tu mengalir untuk dapatkan sesuatu. mohon pada ALLAH. hanya DIA boleh bantu kita :')

Accounting Service #Freelance



ehem! uhuk! :) Entry kali ni hundred fifty percent nak tolong kakak n abang promote bisness mereka. tapi bukan bisness yang selalu kita dengar contohnya baju, kasut, ubat2 tapi ............ 

FREELANCE ACCOUNTANT!

Mula2 aten takpaham jugak apekebenda lah bisness kakak dengan abang ni. so, bila mereka dah explain, ohhh, boleh buat duit banyak jugak ni dan boleh reduce kos untuk company2. ala, siapa yang ambil course accountancy mesti paham punya. lagipon mereka ni bukan calang2 orang. Mereka berdua ni holder in Bachelor Acc., Hons dan si abang baru dapat Achievement as Chartered Accountant by MIA. 

nowadays, nak bayar gaji accountant mahal kot. paling koman ciput pun RM2000 per monthly. tapi service yang kakak abang buat ni, boleh bayar yearly. serious. tak tipu! nampak tak kat mana yang boleh reduce kos. so, every monthly korang boleh jimat RM2000. sangat sangat jimat!

Actually, main objective bisness ni dibuka nak tolong peniaga2 kecik seperti kedai runcit or kilang perindustrian yang tak mampu nak bayar gaji accountant. buktinya, my maklong adalah salah seorang client mereka. Akaun kedai runcit maklong dah makin teratur. duit keluar masuk pon teratur. tak macam dulu :) hihihi 

so, kalau ada apa2 persoalan boleh comment kat entry kat bawah ni tak pon kalau nak fast furious boleh direct col number phone yang ada di banner ye sayangsayang semua!


"Highland Tower" berjaya kutip RM2.1 juta seminggu





Filem seram terbaru arahan pengarah popular, Pierre Andre "Highland Tower" berjaya mendapat kutipan memberangsangkan iaitu sebanyak RM2.1 juta dalam tempoh seminggu tayangannya. Walaupun terpaksa bersaing dengan filem Hollywood, "Thor: The Dark World" dan berdepan pembatalan tayangan berikutan kejadian penonton diserang histeria, Penerbit MIG Pictures, David Teo berkata, dia sendiri terkejut dan tidak sangka filem tersebut akan mendapat sambutan penonton.
"Berbeza dengan filem kami yang lain, "Highland Tower" hanya dibuka di 49 pawagam dengan purata tayangan lima tayangan sehari. "Nampaknya walaupun bersaing dengan filem "Thor: The Dark World" yang mempunyai 30 tayangan sehari, filem ini tetap menarik penonton malah ramai mengeluh kehabisan tiket.
"Kalau ikutkan jumlah kutipan, ia sepatutnya lebih daripada itu. Di Brunei, pempamer terpaksa memulangkan tiket untuk dua tayangan kerana penonton histeria. Setakat ini kami menerima hampir 10 laporan mengatakan ada penonton meracau ketika menonton filem ini. Apa pun kejadian ini bukan halangan untuk penonton," katanya kepada Hip.
Pada masa sama, David juga sempat berpesan kepada penonton yang lemah semangat supaya tidak menonton filem "Highland Tower". "Saya perlu jujur dan tidak boleh memikirkan keuntungan saja. Melihat ada histeria, muntah dan pening, lebih baik saya ingatkan mereka yang lemah semangat untuk tidak ke pawagam. Namun saya yakin, ramai yang tidak sabar mendapatkan tiket."

notakaki : teringin nak pergi tengok cerita ni. tapi tayangan dia tak banyak. masa tak kena :( maybe next time ye david teo!