Entah kenapa sejak akhirakhir ni memang aku nak ikut je perkembangan kes Pakcik Azman dengan bini Mat Yo tu. Baru aje sekejap tadi aku terjumpa isi kandungan laporan polis si bini Mat Yo tu.
credit to kucinghitam1440
tak nampak? meh aku tunjukkan yang lebih clean & clear lagi.
"PADA 12/09/13 JAM LEBIH KURANG 1150HRS SEMASA SAYA BERADA DI KAWASAN AIRPORT SUBANG BERSAMA SUAMI SAYA, KAMI MERANCANG DAN BERBINCANG DI DALAM KERETA UNTUK MEMBELI TIKET KAPAL TERBANG DI TERMINAL 3 SKYPARK. SEMASA SAYA MEMBERHENTIKAN KERETA SAYA WVQ 9090 JENIS MINI COOPER BERHADAPAN DENGAN PINTU MASUK TERMINAL 3, TIBA TIBA SEORANG SEKURITI SKYPARK BERNAMA (AZMAN) DATANG KE ARAH KERETA SAYA DAN MENYURUH SAYA MENGALIHKAN KERETA SAYA. LALU SAYA MEMINTA UNTUK BERHENTI SEKETIKA. SELEPAS DUA MINIT SEKURITI ITU DATANG DAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI. SEMASA KEJADIAN TERSEBUT SEKURITI ITU CUBA MENYERANG SAYA BEBERAPA KALI WALAUPUN SUAMI SAYA ADA DI SITU, SAYA TERASA AMAT MALU DI PERLAKUKAN SEBEGITU SEBAGAI WANITA. SAYA JUGA ADA MERAKAM KEJADIAN TERSEBUT. SAYA DATANG KE BALAI POLIS UNTUK BUAT LAPORAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS. SEKIAN LAPORAN SAYA."
Japppp! aku tak paham dengan ayat ni 'MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT TERHADAP SAYA, SEPERTI PEREMPUAN BODOH, SIAL, BANGANG, PEREMPUAN GILA DAN BANYAK LAGI.' hello! aku rasa apa yang kau report ni, boleh makan diri kau sendiri! dah terangterang dalam video tu kau panggil pakcik tu bodoh, jantan dayus. macam yang aku cakap masa entry lepas once bila kau dah buat report, kau menjatuhkan aib diri kau sendiri! dan dengan katakata lain menjatuhkan diri sendiri! cuba kau piker kalau husband kau ada kat tempat pakcik tu, apa kau rasa? sakit hati kan? macam tu lah keluarga pakcik tu rasa.
Nasihat aku lah kan, dari kau susunsusun jari mintak maaf kat Malaysian, kau just susunsusun jari kau pergi mintak maaf kat pakcik tu. aku rasa itu lebih bagus!
No comments:
Post a Comment