Bila bakal 'mak mertua' tak merestui hubungan


Memalam ni rase macam nak sharekan something je. ade lah hamba allah ni a.k.a membe aku, col & mengadu pasal mak kepada boipren die tak restu hubungan dorang & alasan mak lelaki tu, die dah ade pilihan terbaik untuk die. WHAT THE FISH? boleh pulak cakap macam tu. kalau aku , memang nangis lah.

so, balek kepade tajuk. actually, untuk anak lelaki, keputusan untuk mengahwini sesipe sahaje hundredpercent terletak kat tangan die. HUNDRED PERCENT tau. Family si lelaki memang tak boleh halang. yessss! aku tau dalam otak korang mesti terlintas macam ni kan..."tapi lelaki tu sampai bilebile syurga bawah tapak kaki mak die, so, die mesti kene ikot ape yang mak die cakap". betol tak? pendapat aku, memang betol ape yang korang pikerkan tu. tapi, buat ape kawen kalau tak bahagie then buat ape pakse kalau anak tu tak bahagie. kan? kan? kan? memang lah boleh bercinte lepas kawen. tapi ingat. itu ungkapan untuk yang masih solo & dengan kate lain takde sesiape pon dalam hati die. so cube pikerpikerkan lah ye.

hah! tu untuk kaum lelaki. camane pulak perempuan? makayah boleh tentukan siape pun jodoh anak perempuan die, tapi kenalah mintak persetujuan anak perempuan die tu berdasarkan hadis 'Tidak dinikahkan seorang gadis sampai ia menyetujuinya' lalu para sahabat pun bertanye, 'Jadi, bagaimana bentuk persetujuannya?' maka jawab nabi, Diamnya adalah persetujuannnya'. tak pon senang cerite camni, kalau si gadis belum besar dewasa, mak ayah boleh je kawenkan die, tapi bile die dah dewasa mak ayah tak boleh pakse. no! no! no!

ada sebuah riwayat, seorang gadis mengadu kepada Sayidah' Aisyah: "Bapak saya mengawahwinkan saya dengan saudaranya dengan maksud menjaga wibawanya, namun saya tidak menyukainya." "Duduklah, tunggu sehingga Rasulullah sampai", jawab Aisyah. Apabila Aisyah menceritakan kepada Rasululluah lalu beliau telah mengundang bapak kepada si gadis itu dan memutuskan apakah die akan terus hidup berdampingan dengan pilihan bapanya atau tidak. Kata gadis itu, "Ya, Rasulullah, engkau telah membatalkan apa yang diputuskan bapakku.Aku ingin orangorang tahu yang sebenarnya para bapak tidak ada hak untuk mencampuri urusan jodoh anakya". 

Demikianlah hal dengan Al-Syaukani dan Ibnu Taimiyah. ni semua menunjukkan bahawa faktor cinta, kasehsayang adalah tiang utama untuk tegakkan bahtera rumah tangga. Cinta, kasih sayang tak boleh dikaitkan dengan soal derhaka pada orang tua. Kalau orang tua sakit hati sebab tak cocok dengan pilihan anaknya, maknenye ini bukan dosa si anak. Wallahua'lam bisshawaab!

No comments:

Post a Comment