Tips untuk bau minyak wangi tahan lama


Yeay! tips lagi :) saje share tips banyak2 sebab sharing is caring kan? kan? kan? hihihi. ok. takmau merepek panjang2. jom baca. dah sudah baca, boleh lah komen ye *kalu nak. kalau taknak takpe*


First, guna minyak wangi sebelum siap berpakaian. Terdapat beberapa sebab kenapa tips ini merupakan tips yang terbaik. Pertama sekali, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika korang gunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan anda. Oleh sebab itu, bauan wangi korang akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya. 

lepastu, Semburkan minyak wangi korang, bukannya menggosok. Ianya sangat tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi korang kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian korang, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan dan membantu untuk bauan wangian lebih tahan lama. 

kadang2 ada jugak kawan2 tanya, "kau sembur minyak wangi kat mana wei?" hah, ni jawapannya. Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. Ini kerana titik nadi adalah bahagian yang mana korang boleh rasakan kadar degupan jantung melalui saluran darah yang terletak berhampiran dengan kulit. Oleh itu, disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama. 

last, Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi. korang tahukanbahawa bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering? Ya, ini merupakan satu fakta yang telah terbukti secara saintifik. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Minyak wangi lebih tahan lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama. contoh losyen.

so, itu je entry kali ni. selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment