MIG rancang filemkan misteri villa nabila.


what? MIG nak filemkan villa nabila pulak selepas highland tower? Adoi, adoi, adoi. memang kaki buat duit lah MIG ni. Pantang ade peluang! dia grab betul2 taknak lepas. 

sumber : google


Penerbit Metrowealth Pictures (MIG), David Teo kini dalam perancangan untuk menerbitkan filem dokumentari terbarunya mengenai kisah misteri yang mendakwa terdapat 'penunggu' yang menghuni banglo usang, Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru.
"Rancangan membuat sekual selepas "Highland Tower" memang ada sebelum isu Villa Nabila diperkatakan.
"Lagipun, kisahnya masih panas, jadi lebih baik kita rebut peluang. Kalau saya tak buat atau ambil peluang, nanti penerbit lain akan buat," katanya kepada Hip.
Tambah David, misteri yang menyelubungi Villa Nabila cukup berpotensi untuk didokumentasikan.
"Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam "Highland Tower", kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai yang ingin tahu cerita sebenar."
Bagaimanapun, David berkata, projek Villa Nabila masih diperingkat perancangan kerana terdapat beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala "Highland Tower".
Sementara itu, David memberitahu dia tidak kisah jika dikatakan mengambil kesempatan atas insiden Villa Nabila yang menjadi bualan ramai baru-baru ini kerana baginya peluang yang ada tidak harus dilepaskan.

Tapi kan Mr David Teo, I rasa U ambil lah budak yang cetuskan fenomena ni jadi one of your actor. jangan lupa kawan2 dia sekali ye. sebab kan mr david, I rasa budak2 tu nak popular dengan jalan singkat. so, that's why la dorang mempergunakan villa nabila tu. ambil lah dia ye mr david. huh!

notakaki: Seriously menyampah tengok budak2 tu & aten selamanya akan gelar diorang, GILA GLAMOUR

No comments:

Post a Comment