Luahan buat Pegawai Tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalanraya


Dear Pegawai2 tertinggi JPJ,

Sebelum saya memulakan kata2 saya, saya susun sepuluh jari tangan + sepuluh jari kaki meminta maaf jika ada terkasar bahasa untuk entry kali ini. apa yang ingin saya beritahu, ini adalah satu luahan seorang rakyat malaysia dan saya tahu bukan saya seorang sahaja yang alami malahan mungkin melebihi separuh dari rakyat malaysia mengalami masalah yang sama.

Ok. Entry ni bukan lah nak kondem pihak kalian yang sememangnya sangat bagus dalam menjalankan tugas. Tapi, sebagai pihak2 atasan @ pihak kerajaan sepatutnya kamu harus berfikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang saya percaya sudah bertahun2 rakyat malaysia hadapi bila berdepan dengan KAUNTER JPJ.

Kejadian ni saya sendiri yang hadapi. 15 November 2013, saya ke JPJ Bukit Katil Melaka, bertujuaan untuk me-renew lesen yang lagi 2 hari nak expired. Ini semua disebabkan sekarang memang dah tak boleh nak renew lesen di pejabat pos yang saya rasa lebih senang lagi. Takpe lah. mungkin sekarang lesen dah dibuat dalam bentuk kad keras seperti IC sebab tu kita harus ke JPJ. takpe. saya cuba memahami situasi tu. 

Sampai sahaja di sana, angka giliran saya ialah 7091, dan giliran pada waktu tu 7037. so, ada lagi 54 orang. ok lah. saya berfikiran positif 'ala, ada 17 kaunter. mesti cepat ni'. tapi apa yang membuatkan saya binggung, hanya 6 kaunter sahaja yang dibuka sedangkan terlalu ramai orang di JPJ tu. Waktu tu masih lagi gunakan fikiran positif 'oh, mungkin pekerja tak ramai.' 


Tetapi. selepas setengah jam saya di situ yang masih menunggu angka giliran, sistem off-line! Sejujurnya, itu yang membuatkan saya rasa sedikit sakit hati. sudah lah kaunternya dibuka tidak sampai separuh walhal pekerjanya ramai dan tiba2 sistem off-line! siapa je lah yang tak marah? 

tetapi, kami masih bersabar, sabar dan sabar. tunggu sehingga sistem ok. agak lama kami di situ. hampir sejam rasanya barulah sistem kembali normal. tetapi, rasanya tidak sampai setengah jam, sistem kembali off-line! sudahlah tinggal 5 kaunter sahaja yang dibuka dan saya tidak pasti kemanakah seorang lagi 'pegawai kaunter' itu pergi sedangkan belum waktu rehat.

Apa yang membuatkan saya terkilan dan sangat tidak respect kepada segelintir 'pegawai kaunter' tu, apabila ditanya, terus diterangkannya tetapi dalam keadaan marah2. benda itu terjadi di hadapan mata saya. bagi saya, dia tidak perlu menunjukkan perasaan marah tetapi dia sepatutnya sentiasa tersenyum. Seperti slogan JPJ

'Khidmat Berkualiti Amalan Kami'

Jadi, saya memohon kepada pegawai atasan JPJ, tolong cari jalan bagaimana nak settlekan problem yang saya rasa sudah terlalu lama kami hadapi. cuba encik2 ataupun puan2 berada dalam situasi kami, apakah kalian boleh bersabar? masalah sistem off-line ini sering terjadi bukan sekali sekala ataupon jarang2. 

Sebelum berakhirnya, sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada tersalah bahasa. Ini semua hanyalah sekadar teguran dan sepatutnya pihak anda sudah lama menemui jalan penyelesaian. 




1 comment: